? ??????????????Low Ridin'? ????? ?? ???Rating: 4.3 (8 Ratings)??195 Grabs Today. 2263 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????BMW (New)? ????? ?? ???Rating: 5.0 (6 Ratings)??192 Grabs Today. 1765 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Co BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selamat Datang ke Laman hak Anda

Ketahui hak anda...
Powered By Blogger


Rabu, 12 Mei 2010

Hak untuk mendapat maklumat


Setiap daripada kita berhak mendapat maklumat. Namun adakah kita berhak mendapat semuanya? Dengan maklumat yang kita akan peroleh, ini akan memberikan pengetahuan kepada kita. Tidaklah kita diumpamakan sebagai katak di bawah tempurung.

Seperti kewujudan laman web serta blog, sesetengah golongan menyatakan bahawa ini akan merosakkan kepada para pelawatnya. Dengan alasan terdapat banyak penipuan terhadap penerbitannya. Semua ini tidak dapat dinafikan. Namun inilah hakikatnya bahawa segala kebenaran yang ditonjolkan tidak terdapat di dalam media massa yang lain. Ini kerana banyak berita yang ditonjolkan di dalam akhbar, tidak menyatakan perkara sebenar dan berita yang disampaikan tidak 100% kebenarannya.


Kita harus mengambil satu langkah berani demi kepentingan kita sebagai pengguna untuk mendapatkan sesuatu yang sahih lagi berkualiti. Langkah ini juga demi kepentingan negara yang kian membangun. Salah satu pembangunan negara maju adalah memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi yang menyeluruh. Ini kerana rakyat merupakan pengguna yang menggunakan keperluan negara.

Rabu, 5 Mei 2010

hak mendapat keperluan asas


Setiap daripada kita perlu mendapat keperluan asas. Ilmu juga salah satu daripadanya. Ini merupakan perkara wajib yang mesti kita ada. Semua orang perlu pergi ke sekolah.

Apabila timbul soal tidak mampu, di sinilah wujud perkataan hak. Bagi mereka yang berkemampuan tidak menjadi masalah untuk menuntut ilmu, tetapi mereka yang tidak mampu bagaimana pula.

Ramai daripada kita tercicir dari segi pelajaran. Siapakah yang bertanggung jawab untuk mengekalkan hak ini? Inilah persoalannya. Pihak berwajib seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya untuk hak keperluan asas pengguna ini. Bantuan seharusnya dihulurkan dan seharusnya sampai ke tangan yang betul. Perkara ini seharusnya diutamakan daripada perkara yang lain oleh pihak yang telah diberi mandat.

Walau bagaimana pun, individu itu sendiri perlu mengambil berat tentang hak mereka. Jangan memandang remeh dan menyalahkan orang lain ataupun hanya memeluk tubuh sahaja. Banyak lagi keperluan asas lain untuk kehidupan mereka boleh dapat.

Agama juga merupakan keperluan asas yang penting. Tanpa pegangan agama maka rosaklah seseorang tersebut dari segi tingkaglakunya. Setiap orang perlu diajar dan didik tentang soal agama. Maka tentu sekali sesuai dengan hak kita dan tiada pertikaian akan berlaku.

hak untuk mendapat keselamatan


Sebelum topik ini dikupas, adakah anda telah mendapat hak keselamatan anda??? Jika belum mari kita mendapatkannya. Setiap individu perlu menjaga keselamatan, tak kira kita dari keturunan apa, bangsa apa, namun warganegara mana sekali pun.

Apa itu keselamatan? ini merupakan perkara yang utama kepada kita. Ini kerana organisasi polis wujud adalah untuk menjaga keamanan awam, sudah tentu ini berkaitan dengan hak kita.

Contohnya, kita memerlukan ini dalam kehidupan seharian kita dalam menempuh segala cabaran. Walaupun kita berada di rumah sekali pun, ini belum tentu selamat. Apabila wujud perkataan orang jahat, maka di sinilah kita berhak mendapatkan hak kita. Supaya kehidupan kita aman walaupun di luar sana terdapat orang yang suka menyusahkan kehidupan orang lain, bak kata lain tak boleh tengok orang senang.

MARILAH KITA MENDAPATKAN HAK KESELAMATAN KITA.....

Selasa, 4 Mei 2010

Kepentinagn hak menyuarakan pendapat

Sedia maklum, kebanyakan agama tidak melarang umatnya untuk menyuarakan pendapat, terutamanya agama Islam. Di dalam Islam sendiri memberi peluang kepada penganutnya untuk berpendapat dan menyuarakannya.

Hak untuk menyuarakan berpendapat penting kepada setiap manusia yang berakal. Ini kerana perkara ini merupakan tindak balas seseorang terhadap suasana sekeliling.

Antara contohnya, kebanyakan daripada apa yang kita peroleh sekarang ini merupakan luahan daripada pendapat kita bersama. Sesuatu perkara yang baik tidak akan wujud apabila hanya seorang sahaja yang menyuarakan pendapat.

Isnin, 3 Mei 2010

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat


Apakah hak kita untuk menyuarakan pendapat? Adakah kita layak untuk berpendapat? dan apakah kita patut lantang untuk menyuarakan pendapat? Ini merupakan persoalan kepada kita.. Pada pendapat saya sebagai seorang penulis, hak ini merupakan hak individu. Tiada sesiapa yang berhak menghalang kita. Tetapi tidak perlulah kita melakukannya bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai.

Apa yang kerap kita lihat, setiap individu mempunyai pendapat yang berlainan. Ini sudah menjadi lumrah. kebanyakan pendapat yang disuarakan adalah merupakan pemikiran seseorang dan selalunya membawa ke arah kebaikan. Pernah tak anda berasa tidak puas hati dengan seseorang atau sesuatu? Inilah akan memberikan kita semua jawapan yang sebenarnya.

Anda seharusnya lebih berani, jika sesuatu barangan yang anda beli adalah satu penipuan, anda seharusnya melaporkan perkara tersebut kepada kementerian. Tindakan ini akan memberikan kesan yang positif, malah memberi kesenangan kepada para pengguna yang lain.

Seperti barangan cetak rompak juga, tamsilannaya seperti barangan berjenama yang ditiru dan juga cakera padat cetak rompak. Anda seharusnya mengambil langkah yang sepatutnya demi menjaga ekonomi idusteri kita.

Apakah faedah kita memakai barangan tiruan? sedangkan kita tahu bahawa kita ditipu demi keuntungan para peniaga yang tidak beretika itu. Kita seharusnya mara ke hadapan dan berani untuk menyuarakan pandangan atau pendapat ataupun dengan kata lain, perkara yang kita tidak puas hati.

Namun apabila hak\kebebasan ini disekat atau dihalang, maka akan berlakulah perkara yang tidak menyenangkan kita semua.